Wednesday, 1 May 2013

Tenang

Assalamualaikum.

Alhamdulillah masih dikurniakan kelapangan untuk menulis pada masa yang genting ini. Walaupun 'entry' sebelum ini masih kekal dalam bentuk 'draft' namun saya terasa untuk menulis tentang apa yang saya lalui hari ini.

Tenang. Ya, itulah yang saya rasa buat masa ini. Bermula jam 0650 saya bersiap untuk pulang ke rumah. Walaupun mata masih berat untuk celik selepas solat Subuh, namun saya gagahkan diri untuk pulang dan bersiap dalam masa yang pendek. Semata-mata ingin mendapatkan bas pada pukul 7.30 pagi.

Lima minit sebelum jam 0730, saya dan rakan sebilik keluar untuk menunggu bas. Alhamdulillah, masa menunggu tidak lama, kami terus berjaya mendapatkan bas seperti yang dirancang. Seperti biasa, perjalanan dari Kolej Keris Mas ke Stesen Kereta Api Tanah Melayu memakan masa selama 30 minit memandangkan bas tersebut pusing satu UKM. Sementara sampai, sempat juga saya lelapkan mata.

Setibanya di Stesen KTM UKM, bilangan orang yang beratur membeli tiket sangat panjang. Nasib menyebelahi saya kerana mempunyai duit kecil. Tanpa membuang masa, saya ke mesin belian tiket yang mana saya tidak perlu beratur pun kerana tiada siapa menggunakan perkhidmatan tersebut. Sebaik sahaja selesai urusan di mesin, KTM menghala ke selatan tiba. Berbekalkan daya yang saya ada, kaki ini pantas berlari mendaki dan menuruni anak tangga....dan, Alhamdulillah, sekali lagi Allah permudahkan perjalananku. Mungkin itu salah satu hikmah berpagi-pagi :)

Perjalanan dari UKM ke Nilai hanya memakan masa 15 minit. Apabila pintu komuter dibuka, secara spontannya saya memandang langit. Subhanallah, sungguh cantik cuaca di Nilai pada pagi ini. Cuaca yang tenang menenangkan fikiranku yang berserabut ini. Oh ya, tanpa disangka-sangka, saya terjumpa dengan rakan sebilik saya sewaktu di matrikulasi dahulu. Ya, nikmat yang saya dapat berganda-ganda hari ini, terima kasih Pencipta!

Ok, dah cukup. Sekian, ma'assalamah :)

No comments:

Post a Comment