Showing posts with label Anak-anak Little Caliphs. Show all posts
Showing posts with label Anak-anak Little Caliphs. Show all posts

Saturday, 2 March 2013

Ayuh Solat !


Assalamualaikum...
Bersempena hari jumaat ni, saya ingin 'post' kan gambar anak-anak Little Caliphs tahun 2011 solat berjemaah :)

Moh le tengok~


Tengok tu, nak meluruskan saf sangatlah susah. Elok-elok kita luruskan, akhirnya melengkung macam ni juga. Kaki tu tak pernah nak duduk diam, macam cacing kerawit, kadang-kadang melompat lah, tergedik sana sini. Tapi, bab bacaan tu, memang mantap! Suara jelas, lantang dan bersemangat. :)


Aha! Alamak, ada sorang budak tercicir :o


 MashaAllah, sujud macam-macam cara. Yang tak nak sujud pun ada.. Haih, penatlah teacher mengawal.


Tahiyyatulakhir.. Apa ghope lah budak-budak ni solat, haha. Sempat lagi nak menuding jari -.-'


Haha, masa-masa macam ni lah nak bentuk kanak-kanak solat. Bak kata pepatah melayu, "melentur buluh biarlah pada rebungnya". Masa muda-muda macam ni hati mereka lembut lagi suci. Sikit-sikit terapkan nilai-nilai Islam dalam hati mereka, supaya bila dah besar nanti mereka akan berada di landasan yang benar. Ehem! Amboi maisarah, bukan main lagi cakap, macamlah dah kahwin dan ada anak ;p . Hehe, tak salah kan memberi pendapat? ^_^ Sama-sama berusaha. "L'effort est ma force!"

Sekian, ma'assalamah :)

Friday, 1 March 2013

Pewaris anak bangsa 2

Assalamualaikum...

Berjumpa lagi kita di 'entry' kedua Pewaris Anak Bangsa. Ceh, nama nak gempak je..hehe

Ok, sebenarnya 'entry' kedua ni adalah episod kedua saya bekerja di tadika Khalifah Jaya ni. Kali pertama adalah selepas SPM (2011) dan kali kedua, saya menyambung kontrak dengan Little Caliphs selepas tamat program matrikulasi (2012).

Kali ni saya tidak lagi mengajar budak empat tahun, tapi budak enam tahun. Wah, saya berjaya dinaikkan pangkat dan gaji, hehe. Bila ditawarkan untuk mengajar budak enam tahun, rasa lega lah sikit sebab sekurang-kurangnya saya tak perlu mengajar asas-asas memegang pensil. Anggapan dan harapan kita kepada pelajar yang berumur enam tahun ni mestilah tinggi menggunung, kan? Almaklumlah, masing-masing sudah agak besar dan pandai menyesuaikan diri, dan mereka juga adalah 'senior' kepada yang lain.

Malangnya, harapan menjadi layu bila perangai mereka pun lebih kurang je dengan budak-budak 4 dan 5 tahun. Yelah, dah nama budak-budak, makanya perangai tu memang kebudak-budakkan lah kan? Jadi, saya berhenti berharap untuk meletakkan harapan yang tinggi.

TAPI! Itu tak bermakna saya berputus asa dengan tugas dan tanggungjawab yang diberikan ini. Saya teruskan perjuangan membantu pelajar yang masih tidak mengenal ABC, 123 dan alif, ba, ta. Tugas guru adalah sebagai pendidik dan pembimbing. Tanpa guru, tiadalah saya sehingga ke menara gading ni. Jadi, walau susah mana pun, kena teruskan usaha supaya mereka ni tahu asas-asas untuk menulis, membaca dan mengira.

Hati mana yang tak risau tengok anak muridnya tak boleh nak menulis apatah lagi membaca sedangkan tahun hadapannya mereka perlu bersiap sedia dengan alam persekolahan peringkat rendah. Sebagai guru, kita kena laporkan apa yang terjadi serta sebab dan akibat mengapa anak mereka jadi begitu dan begini. Walaupun saya hanya sebagai assistant teacher namun, tugas saya adalah untuk mengajar mereka membaca. Berat tu! Tapi orang putih kata "you are what you think". Maka, walau berat tapi ku gagahkan jua diriku untuk meneruskan perjuangan. Positif!

Sekurang-kurangnya, sebelum saya meninggalkan mereka, dapat jugalah sesetengah daripada mereka yang tidak tahu kepada tahu. Alhamdulillah, itu semua kerja yang Esa. "Rabbi yassir wala tu'assir, Rabbi atmim bikhairi ya Kareem". Sentiasa berbekalkan doa itu dalam hidup seharian. Allah akan sentiasa permudahkan jalan hidup kita, tapi kita juga perlu berusaha unutk menjadikan sesuatu itu mudah. Pendek kata, positif!

Sebagai penutup, lihatlah wajah-wajah anak kecil ini. Mereka lah pewaris anak bangsa ;p








Sunday, 24 February 2013

Pewaris anak bangsa 1

Assalamualaikum...
'Entry' kali ini adalah berkenaan kanak-kanak. Secara amnya, kanak-kanak ni ialah mereka yang belum akil baligh. Kalau mengikut akta kanak-kanak 2001, individu yang berumur 18 tahun ke bawah adalah di bawah kategori kanak-kanak. Wah, lama jugak lah kita jadi kanak-kanak kan?
Tapi, sebenarnya saya bukanlah nak huraikan apa akta kanak-kanak tu. Tujuan saya menulis hari ni adalah untuk menceritakan pengalaman menjadi guru tadika.

Saya jadi guru tadika pun sejak kanak-kanak :p . Takdelah kanak-kanak sangat tapi penghujung kanak-kanak, iaitu pada umur 18 tahun. Daripada duduk rumah melangut tak tahu nak buat apa lepas SPM, baiklah cari kerja. Maka, bermulalah kerja sebagai seorang pendidik anak bangsa.

Pada mulanya, teruja sangat dapat kerja. Walaupun masa-masa macam ni orang sibuk ambil lesen kereta, tapi saya sibuk mencari sesuap rezeki. Disebabkan itu, sampai sekarang takde lesen, huhu. Ok, kembali kepada topik asal. Tanggal 6 Januari 2011 hari Khamis, saya menjejakkan kaki ke Tadika Khalifah Jaya, Enstek atau lebih dikenali sebagai Little Caliphs. Sejujurnya, minggu pertama kerja dekat tadika sangat letih sampai demam-demam. Biasalah, nak kena berhadapan dengan budak-budak yang terlebih aktif ni.
Tapi, budak-budak kalau tak aktif pelik pulak kan? Yang bagusnya, dalam 'hyper-active' tu ada minat untuk belajar dan rajin buat kerja. Bagus anak-anak teacher ni ^__^ . Tengoklah mereka dalam kelas~

 rajin kan?
 haha, yang peliknya anak murid saya seorang ni dari tadi asyik berdiri, macam dia pulak cikgu kat sini.
  semangat sangat belajar sampai botol susu pun belajar dengan dia.

Oh, lupa pulak nak cakap yang saya ni mengajar budak empat tahun, jadi perangai kebudak-budakkan mereka itu sangat terserlah. Contohnya, mereka akan menangis tiba-tiba, suka main daripada belajar, dan paling banyak kes ialah, setiap pagi mereka akan menangis apabila ibu bapa menghantar ke tadika. Seperkara lagi, setiap kali mereka nak ke tandas, guru kena awasi. Takut-takut terjatuh ke, buang air besar dekat sinki atau lantai ke, susah pulak nak bersihkan nanti. Ada jugak dalam kalangan mereka ni yang masih pakai lampin pakai buang. Jadi, setiap kali ada haruman yang 'harum' tu, tak lain tak bukan ada yang membuang lah tu. Selain itu, bila kita jadi guru tadika ni, telinga kita kena tahan dengan aduan-aduan mereka yang ke'anak-anak'an itu. Yang pasti, mulut mereka tidak lekang daripada memanggil "teacher, teacher" sampailah kita pandang dan bela dia depan kawan-kawan.

Detik paling penat nak jaga mereka ni adalah apabila tiba waktu bersukan. Ya Allah, aktif tak ingat dunia dah. Masa itu jugaklah risiko untuk mengalami kecederaan sangat tinggi. Tapi, kita akan rasa seronok bila tengok budak-budak seronok. Lihatlah, betapa seronoknya mereka : 




bersama Teacher Has

bersama teacher Sarah .. saya lah tu


Sekian, sampai di sini coretan hari ni. Ma'assalamah :)