Assalamualaikum.
Ini merupakan penulisan kedua tentang sesi pembentangan kedua. Alhamdulillah berjaya juga diselesaikan selepas melalui minggu pembentangan pertama yang sukar. Pembentangan ini dilaksanakan pada minggu ke-12, hari Khamis, bertarikh 16 Mei 2013.
#iklan sebentar
Eh, hari guru! Sebelum masuk ke pengisian utama, Selamat Hari Guru buat mereka yang bergelar guru, teacher, ustaz/ustazah, pensyarah dan apa-apa je lah gelaran yang diberikan. Semoga usaha kalian dalam mendidik dan membentuk anak bangsa mendapat balasan yang setimpal dengannya.
*****
Baiklah, kembali ke sri pentas. Bermula jam 0815 (kalau tak silap), pembentangan bermula. Berikut adalah topik-topik yang dibentangkan oleh kumpulan-kumpulan tertentu:
Kumpulan 11
Gubahan. Tidak terhad kepada bunga sahaja. Antara yang digubah ialah, irama dan lagu, hantaran, sirih junjung, buah-buahan, dan macam-macam lagi. Sebarang kemusykilan sila rujuk Encik Serba Tahu a.k.a Mr. Google. Haa, orang yang menggubah ini perlulah mempunyai tangan yang berseni supaya menghasilkan ukiran yang haluuusss (sebut macam Harith Iskander). Setiap pembentangan diselitkan video, begitu juga Kumpulan 11. Yang menariknya, video kumpulan ini seperti rancangan di saluran RTM, haha. Dengan lagu yang klasik dan berlatarbelakangkan suara latar yang persis personaliti RTM, hehe.
Kumpulan 5
Kenangan sewaktu kanak-kanak sememangnya tidak dapat dilupakan. 'Kenangan Masa Kecil', itulah topik yang dibawa oleh mereka. Dari segi permainan sehinggalah jenis makanan yang dimakan turut diceritakan. Jadi, memang semua orang mengimbau-imbaulah zaman hingusan dulu-dulu. Jom, tengok gambar!
Kumpulan 16
Tajuk kumpulan ni 'Stres'. Haha, memang sesuai lah dengan suasana waktu tu. Ada yang stres video tak keluar suara, video tersekat-sekatlah, dan macam-macam lagi. Jadi, kumpulan ini membincangkan cara pengurusan stres. Turut diselitkan video orang stres, haha. Pelakon yang jadi watak pengacau tu memang annoying, haha.
Kumpulan 10
Beredar ke zaman teknologi. Kumpulan ini mendedahkan penggunaan aplikasi mobile. Hmm, memang sesuai dengan saya yang masih belum memiliki smartphone, haha. Macam-macamlah aplikasi yang boleh digunakan. Dari masa ke masa, aplikasi mobile ini semakin bertambah. Contohnya boleh dilihat dalam gambar-gambar ye.
Kumpulan 4
Beralih pula ke konsep 1 Malaysia. Kumpulan ini membentangkan Pakaian Tradisional bagi Kaum Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu memakai Baju Kurung, Kebaya atau Kebarung serta macam-macam lagi bagi perempuan dan Baju Melayu bagi lelaki. Kaum Cina pula memakai Cheongsam bagi perempuan dan Samfoo bagi lelaki. Manakala, kaum India memakai Saree, Salwar Kameez atau baju Punjabi bagi wanita dan lelaki memakai Kurta. Turut diselitkan video mereka memakai pakaian bagi setiap kaum. Menarik!
Kumpulan 7
Bagi penggemar coklat, anda bolehlah mengundi kumpulan ini, hehe. Tajuk Coklat dipilih oleh mereka dan turut dimuatkan video mereka membuat coklat. Coklat di pasaran terlalu banyak. Setiap orang mesti ada citarasa masing-masing dalam memilih coklat. Jom tengok gambar coklat!
Baiklah, setakat ini dahulu rasanya. Panjang sangat ceritanya. InsyaAllah bersambung.
Sekian, ma'assalamah :)

No comments:
Post a Comment