Showing posts with label Satu Perkara. Show all posts
Showing posts with label Satu Perkara. Show all posts

Thursday, 14 November 2013

Terbang ~

Buka buka ekonomi, baca. Baca....dan terus membaca lagi. Baca satu ayat berulang-ulang kali. 

"get your mind straight!"

Ok, fokus....dan mula membaca. Sampai muka surat lain, ARGHH! Tak boleh fokus dah!!! Hati dah meronta-ronta nak balik...

"It's the 40% thing you must remember!"

Haihh, why must my presentation tomorrow? Everyone keep remind me of that thing. And because of that, I have to sacrifice my time with my sister.

"She will be married this Saturday!"

And I'm sitting here like nothing is going to happen tomorrow and tomorrow and tomorrow. Huh!

"Sabar itu indah." 

Alaaa, kawen je PUN. Macam tak jumpa nanti.. HO HO HORLICKS.

Ohh, lapar pulak terbayang horlicks ais...slrpp. Selamat Hari Asyura dan selamat berbuka!

Ma'assalamah ^_^



Sunday, 1 September 2013

56

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, kemerdekaan negara sudah mencapai usia yang ke-56. Tatkala kita sedang berada dalam zon selesa iaitu kemerdekaan negara, saudara kita (seIslam) sedang bergelut dengan musuh-musuh kita. Ya, mungkin kita bebas dari peperangan tapi, adakah kita bebas-sebebasnya? 

Dengan apa yang kita alami sekarang, kebebasan yang kita rasa sekarang ini bukanlah kebebasan mutlak. Mungkin saudara-saudara kita  dijajah secara terang-terangan, namun jika dilihat dari sudut dalaman, mereka tidak dijajah. Walaupun kerdil di hadapan peralatan perang dan sebagainya, namun jiwa mereka tidak gentar dan aqidah mereka masih kukuh.

Kita pula, merdeka tanpa peperangan tetapi minda kita sedang dijajah. Penerapan sedikit unsur barat, k-pop dan sebagainya. Jika kita dapat menzahirkan apa yang terkandung dalam pemikiran dengan sebuah lukisan, betapa bercelarunya pemikiran kita. Mungkin penjajahan minda ini tidak jelas kelihatan pada orang-orang dewasa, namun golongan remaja lah yang menjadi mangsa jajahan ini. 

Jajahan yang dibuat secara halus. Seolah-olah benang yang halus itu dimasukkan ke lubang jarum yang teramat kecil. Biarpun negara semakin maju dan kononnya masih berada dalam keamanan, tetapi negara kita diuji dengan pelbagai kes remaja rosak dan terkini, kita diancam dengan kes tembak menembak. Jika diimbas sekitar tahun 2010-2011, kes simbah asid begitu popular sehingga keselamatan warga Malaysia terancam. Kini, orang kita dengan mudahnya ditembak sana sini.

Apapun, kita masih bersyukur kerana kuasa luar tidak cuba untuk masuk campur urusan negara kita. Jangan sampai suatu hari nanti, perebutan kuasa sekali lagi menjadi punca negara kita dijajah. Tapi, mungkin itu juga yang sedang dirancang oleh mereka. Tambahan lagi, negara Malaysia masih berpegang dengan asas Islam dalam perlembagaan. Cabaran kita adalah untuk mengekalkannya. Boleh jadi punca utama jajahan adalah kerana agama, manakala politik dan ekonomi itu dijadikan alasan kononnya perlu campur tangan luar.

Nak membebel lagi tapi, cukuplah tu. Sekian, ma'assalamah :) 


Friday, 26 July 2013

Garfield si Pemalas

Assalamualaikum.

Entry semalam merupakan cerpen yang tiada motif. Point pun tarakk ada. Well, baru hidupkan enjin, kasi mood menulis tu panas sikit. Semalam adalah permulaan. Tengoklah kalau rajin, menulis lagi, tapi tidak mungkin akan kusambung cerita semalam. Ni, kalau dah rajin menulis, tak lain tak bukan si putih saya dah kembali pulih.

*meow...meow...meow...*

Ish, sibuklah kucing ni. Nak suruh orang tulis pasal dia lah tu. Haa, yelah2, meh sini garfield, duk sebelah ni, dengarkan kisahmu. Sebelum tu, nikmatilah juadah yang berupa gambarnya terlebih dahulu sebelum bermula kisah si garfield ni.


Haa..inilah tabiat dia. Pemalas! Sebab tu lah layak digelar garfield. Tapi, dia rajin grooming. Selalu jilat bulu-bulu dia. 

**Eh eh, dah tidur pulak dia. Tadi bising sangat mengiau kat sebelah.** 

Kisahnya begini... Kucing ni bukan milik kami pun sebenarnya. Dia ni kepunyaan jiran kami. Tapi, dia selalu bertandang ke rumah kami. Entah kenapa rumah ni selalu jadi tarikan kucing-kucing. Dah lah dengan selambanya si garfield ni buat rumah kami ni macam rumah dia sendiri. Masuk rumah tak bagi salam, lepas tu, duduk bertapa dan berisitirehat dengan muka slenge dia tu. Kebetulan, dia masuk rumah yang betul. Kaum adam kat rumah ni memang penCHENTA tegar kucing. Dilayannya, dibelai penuh lembut dan kasih sayangnya, diberi makan secukupnya dan diberi perhatian yang sangat-sangat dia perlu kan.

Selidik punya selidik, rupanya kucing ni membawa hatinya yang lara. Dia rasa terasing duduk kat rumah tuan dia. Sebab, kat rumah tuan dia, ada baaanyak kucing. Maka, semakin banyak kucing semakin tinggilah persaingan untuk mendapat kasih sayang. Haha, macam hipotesis klise darjah enam dulu-dulu. Seriously, lawaklah kucing ni! Siap boleh terasa lagi. Agaknya hati dia tu memang dah berdarah kot. Tak boleh diubat lagi. Mana taknya, bila abang saya hantar balik si garfield ni ke rumah tuannya, dia boleh datang balik rumah kami. HAHA! Lepas tu, tuan dia pun memang biar je kucing dia, tak kisah nak cari pun. 

Hah, memang untung lah kami, tak payah keluarkan kos tinggi untuk beli kucing yang ada bulu gebu macam dia. Sekarang ni dia memang dah jadi penduduk tetap rumah ni. So, bila dah lama bergaul dengan dia, baru kenal perangai dia. Memang manja sangat2! Mengada-ngada. Attention seeker pulak tu! Pernah satu hari dia merajuk dengan kakak saya sbb ekor dia kena pijak dan tak dilayan. Sebaik sahaja saya pulang dari UKM, niat nak main dgn dia, tapi, bila panggil tak respon, nak gosok bulu, kena tolak dgn kaki dia. *Apa kes?* Rupanya merajuk! Heh, dasar mengada ya kamu.

Ohh, kalau nak cerita pasal kucing ni, sampai tahun depan tak habis. Walaupun saya bukan pencinta kucing, tapi bila dah ada kucing depan mata, layan je lahh, sebab dia comel. Hehe, tapi kalau kucing tak comel, saya tak layan pongg..hoho. Nampak sangat pilih kasih kan?

Ok, sekian sampai di sini. Ma'assalamah :)

Thursday, 4 July 2013

Sekalung Apresiasi



Assalamualaikum.

Ha.. Ha.. Haa choo! Puihh, berhabuk~ lama bebenor tak jenguk blog ni. Harapkan komputer rumah pun 2 x 5 je. Sama-sama tingtong.

Haa, tajuk tu guna istilah mat saleh celup. Sbb translate 'appreciation' kepada apresiasi. Kalau dalam karangan sekolah, dapat markah tinggi ni, haha. Pelik, padahal senang sangat penggunaan bahasa mat saleh celup ni. Sepatutnya, pemeriksa bagi markah tinggi kepada pelajar yang menggunakan bahasa melayu lama. Baru gempak. Tapi yelah, siapa je faham kalau baca.

Ok, enough of this nonsense. 

Ya, saya terlambat untuk mengucapkan ucapan penghargaan (dalam blog) buat pensyarah subjek aplikasi komputer yang gigih mengingatkan pelajarnya supaya sentiasa update blog. But, its better late than never. 

Credits to the kids for their willing to hold the 'thank you card' ;p

Saya, Maisarah Binti Mohd Shahrain, pelajar Aplikasi Komputer Set 2, Tahun 1 semester 2 sesi 2012/2013, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada En. Azzwan kerana banyak memberi input berguna kepada kami. Input yang merupakan ilmu dalam subjek ini dan juga nasihat-nasihat yang berguna bagi kami menempuh alam universiti yang serba mencabar.

Seperti kata rakan-rakan lain, anda layak merangkul anugerah pensyarah terbaik. Haha. Teruskan usaha mendidik anak bangsa! 

Pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara! -_-" tiba-tiba~

For the last time, thank you very much, arigato gozaimas, mucho gracias, kamsahamnida, jazakumullahi khairan katheera.

Sekian, ma'asslamah :)  

Saturday, 25 May 2013

Dugaan




Assalamualaikum



Salam hormat. Berita Terkini.

Selama hampir dua minggu mengalami gangguan jaringan, kini komputer riba pula rosak! Haiyya, susah maa mau buat kerja. Atas sebab itu, saya ingin menghabiskan 30 post selagi ada kat rumah ni ha. Memandangkan saya balik kejap je, jadi saya mengambil inisiatif buat entri berbentuk laporan yang telah saya sediakan sebelum-sebelum ini dan diletakkan dalam ruangan 'Journalisme'. Lepas ni balik kolej mungkin tak hadap 'netbook' lagi dah (kalau hayat dia tak dapat diselamatkan). Jadi, masa ni lah manusia akan hadap buku kan? Haha, padan muka, sombong dengan buku lagi.

Wednesday, 1 May 2013

Tenang

Assalamualaikum.

Alhamdulillah masih dikurniakan kelapangan untuk menulis pada masa yang genting ini. Walaupun 'entry' sebelum ini masih kekal dalam bentuk 'draft' namun saya terasa untuk menulis tentang apa yang saya lalui hari ini.

Tenang. Ya, itulah yang saya rasa buat masa ini. Bermula jam 0650 saya bersiap untuk pulang ke rumah. Walaupun mata masih berat untuk celik selepas solat Subuh, namun saya gagahkan diri untuk pulang dan bersiap dalam masa yang pendek. Semata-mata ingin mendapatkan bas pada pukul 7.30 pagi.

Lima minit sebelum jam 0730, saya dan rakan sebilik keluar untuk menunggu bas. Alhamdulillah, masa menunggu tidak lama, kami terus berjaya mendapatkan bas seperti yang dirancang. Seperti biasa, perjalanan dari Kolej Keris Mas ke Stesen Kereta Api Tanah Melayu memakan masa selama 30 minit memandangkan bas tersebut pusing satu UKM. Sementara sampai, sempat juga saya lelapkan mata.

Setibanya di Stesen KTM UKM, bilangan orang yang beratur membeli tiket sangat panjang. Nasib menyebelahi saya kerana mempunyai duit kecil. Tanpa membuang masa, saya ke mesin belian tiket yang mana saya tidak perlu beratur pun kerana tiada siapa menggunakan perkhidmatan tersebut. Sebaik sahaja selesai urusan di mesin, KTM menghala ke selatan tiba. Berbekalkan daya yang saya ada, kaki ini pantas berlari mendaki dan menuruni anak tangga....dan, Alhamdulillah, sekali lagi Allah permudahkan perjalananku. Mungkin itu salah satu hikmah berpagi-pagi :)

Perjalanan dari UKM ke Nilai hanya memakan masa 15 minit. Apabila pintu komuter dibuka, secara spontannya saya memandang langit. Subhanallah, sungguh cantik cuaca di Nilai pada pagi ini. Cuaca yang tenang menenangkan fikiranku yang berserabut ini. Oh ya, tanpa disangka-sangka, saya terjumpa dengan rakan sebilik saya sewaktu di matrikulasi dahulu. Ya, nikmat yang saya dapat berganda-ganda hari ini, terima kasih Pencipta!

Ok, dah cukup. Sekian, ma'assalamah :)

Sunday, 21 April 2013

Bakat

Bakat. Semua insan dilahirkan berbakat. Tiada seorang di dunia ini pun yang dikurniakan tanpa bakat. Berbicara soal bakat, terdapat berbagai-bagai jenis bakat. Setiap bakat itu tidak boleh dipertikaikan. Antaranya, bakat bercakap, melukis, menjahit, dan sebagainya.

Tetapi, apa itu bakat?

Bakat itu adalah satu anugerah pemberian Al-Khaliq yang perlu diasah, digilap dan dikembangkan. Bukan untuk disimpan dan membiarkan bakat itu hilang, luput ditelan usia. Akan tetapi, bakat itu perlulah dialirkan di medium yang benar dan janganlah sesekali disalah guna. Bak kata Too Phat dalam bait-bait liriknya:

"Bakat dikurnia jangan disalah guna
Jangan kufur nikmat yang diberi percuma
Guna kelebihan untuk hikmah bersama
Jagalah nama hidup penuh pementasan dan drama"

Haha, 'point' tulis ni? Sebab tiba-tiba menyanyi 'verse' lagu ni tadi. Jadi, akhirnya tercetus di minda kecil ini untuk menulis tentang bakat dan jari-jemari ini juga pantas merayap di atas papan kekunci. Baiklah, bersambung ke topik asal, iaitu bakat. 

Sememangnya bakat yang dikurniakan itu terlampau banyak dan ada bezanya antara orang yang mempunyai bakat dengan tidak. Misalnya, bakat mengajar. Memang semua orang boleh mengajar namun, tidak semua pengajar mempunyai bakat dalam mengajar. Dalam perniagaan juga kita dapat lihat, kejayaan yang diperoleh antara orang yang berbakat dengan tidak adalah berbeza. Sekiranya mereka mempunyai bakat dan kemahiran dalam komunikasi, mudahlah mereka menarik perhatian pelanggan. Pendek kata, bakat yang paling kuat untuk seseorang itu berjaya ialah kreatif. 

Kreatif adalah satu kebolehan mencetuskan sesuatu idea yang baru. Apabila ada sesuatu buah pemikiran baru, dapat menimbulkan kelainan dan sesungguhnya manusia ini sememangnya suka akan sesuatu yang baru. Sebagai contoh, lihat sahaja dunia fesyen alaf baru. Sarat dengan idea-idea baru dan banyak yang pelik sebenarnya. Namun, pelik itu dipandang sebagai sesuatu yang menarik. Jadi, semakin galaklah pereka fesyen dan tidak kurang juga remaja-remaja mencetuskan idea-idea yang kononnya unik tetapi sebenarnya semakin asing di mata kita.

Satu lagi bakat yang boleh buat kita terpukau, iaitu bakat berlakon. Saya tidak mahu sentuh isu pelakon yang berlakon dan sebagainya, tetapi sebaliknya. Pelakon itu sudah sememangnya mempunyai bakat dalam lakonan. Namun, bakat berlakon yang ingin difokuskan di sini ialah mereka yang bukan bergelar pelakon. Dengan lakonan yang mantap di pentas yang tidak berkamera, manusia sangat hebat memutarbelitkan fakta. Contohnya, penjual dengan mudah menabur janji manis kepada pelanggan tentang produk atau perkhidmatannya. Berbekalkan bakat lakonan yang ada, penjual itu menokok tambah fakta yang tidak wujud pun pada dasarnya dengan raut wajah yang meyakinkan. Sehinggalah pelanggan tertipu dengan membeli produk atau menggunakan perkhidmatannya, penjual tersebut dikategorikan sebagai pelakon bertaraf 5 bintang. Nah, itu juga bakat! Tetapi, dialirkan di medium yang songsang.

Pokoknya, hargailah bakat yang dikurniakan dan gunakan bakat tersebut untuk manfaat sejagat.

Sekian, ma'assalamah :)   

Ada Topik?

Assalamualaikum.
Lama sudah saya tidak menulis di blog ini. Walaupun dah lama tak menulis, tapi selalu juga jenguk blog ni. Boleh dikatakan setiap hari, tapi idea nak menulis tu tak juga kunjung tiba.

Fikir, fikir, dan fikir.

Apa rasionalnya saya menulis blog ni? Selepas diselidik, kebanyakan 'post' yang ditulis adalah berkaitan diri sendiri. Rasa macam tak ada privasi pula dan rasa macam syok sendiri. Haha.

Memandangkan zaman menulis karangan sudah lama ditinggalkan sejak berakhirnya SPM, maka idea untuk menulis juga semakin sukar dikeluarkan dari otak yang kecil tetapi berkapasiti tinggi ini dari sudut sainsnya. Atau mungkin juga kerana kurangnya membaca dan tidak cakna isu semasa mengehadkan pemikiran untuk menghasilkan buah fikiran yang menarik?

Jika hendak dikatakan kekurangan masa, tidak juga. Manusia diberi jumlah masa dengan adil oleh Sang Pencipta. Semua makhluk ciptaannya memiliki 24 jam sehari, tiada kurang, tiada lebih. Istilah kekurangan masa itu sebenarnya sengaja diada-adakan oleh manusia yang sememangnya kurang bersyukur (saya lah tu) dan sering sahaja mencipta alasan untuk mengelak. Hanya mereka yang bijak serta pandai memanfaatkan masa sahaja mampu menangani isu masa. Sekiranya kita bijak membahagi masa, bijak jugalah kita memanfaatkan masa. Namun, manusia pantang melihat masa yang terbuang, lalu diisikan masa-masa tersebut dengan perkara yang merugikan (saya juga lah tu).

Haa, nampak tak? Dari isu kekeringan idea menulis kepada isu masa. Nampak tak, bahawa kompleksnya pemikiran manusia itu? Dari satu perkara membawa kepada sesuatu perkara yang lain. Begitu juga dalam keadaan kita bersembang sakan. Daripada isu sekecil-kecilnya boleh disembangkan dalam masa yang panjang. Jika kita membuat satu lakaran jadual pokok (istilah statistik), pasti kita dapat lihat, satu topik utama dikembangkan mengikut cabang-cabang sehingga lah sesuatu perkara itu bertemu titik akhir iaitu konklusi.

Pendek kata, akal yang dikurniakan jangan dihadkan. Gunakan sebaik-baiknya dan manfaatkannya untuk kebaikan sejagat. Haha, cakap senang lah cik kak. Salah satu cara nak kembangkan akal ialah berfikir. Ya, berfikir! Jangan malas berfikir tau Maisarah.

Setakat itu sahajalah ngomelan saya. Sekian, ma'assalamah :)

Friday, 15 March 2013

(^__^)

Assalamualaikum ya ahli blog!

Nah, ini salah satu blog yang saya sangat suka baca, tetapi saya hanya mengikutinya melalui email, memandangkan blog ini bukan didaftar bawah 'Blogger' sebaliknya .... cari sendiri!


Milik siapakah blog ini?
Kini bukan rahsia lagi, memandangkan nama tuan punya blog sudah terang lagi bersuluh ada di dalam gambar di atas.

Ya, ini blog milik Dr. Halina isteri kepada Dato' Dr. Sheikh Muzaffar.

Kenapa baca blog 'ibu-ibu'? Biarlah.

Antara sebab-sebab saya suka baca blog beliau adalah kerana, 
1. Tulisan dia besar-besar , senang nak baca.
2. Latar belakang blog ni warna putih, nampak suci.
3. Cerita yang dikongsi sangat menarik!
4. Kelakar.
5. Ada gambar budak-budak. (anak-anak beliau)

Silalah baca dan nilai sendiri :)

Alahai CESMED

Ola!
-ola oli kuberi nama saudara saudari, cikebum, cikebum- lalala


 TADAA!
Dah buruk dah rupa bekas lego ni. 

Haa, ini namanya rojak lego, sebab macam-macam ada.

Maisarah, Maisarah, kenapa buang tebiat main lego dekat kolej ni?

Eh, eh, lego ni permainan membina minda tau! Bagus untuk membina kemahiran logik dan kreativiti serta inovasi. Tapi, kalau bukan kerana sesuatu, saya pun tak akan sanggup meredah setor dekat rumah tu semata-mata rindu nak main lego. 

Sebenarnya, ini tugasan CESMED (subjek asas keusahawanan dan inovasi). Kami diminta untuk mencipta model bluetooth dengan menggunakan macam-macam barang termasuklah lego ni.

Akan tetapi, model ni nanti akan jadi 'super' besar dan kelihatan sangat tidak 'elegant'  sebab bentuk yang kotak-kotak dan macam produk lama. Haha. Tapi, tidak mengapa, ini hanya model bukan untuk dipasarkan.



Kucar punya kucar, satu model pun tak jadi. Macam mana nak jadi kalau 'netbook' depan mata 24 jam? Tolonglah fokus Maisarah oii! Sekian~


Thursday, 7 March 2013

(-"-)

Assalamualaikum...

Haha, sementara nak dapat mood tulis laporan, baik saya menulis di blog.


Kenal tak dia ni? Haa, inilah pelakon cerita Sydney White, kalau tak silap lah.

Cop, cop nanti dulu, saya tak berminat nak tulis pasal dia. Sebenarnya, tulisan hari ni berkenaan 'berkerut'. Bagus ke berkerut ni? Oh, sama sekali TIDAK. Tapi, saya memang suka berkerut. Kadang-kadang kalau tak ada orang tegur, sepanjang masa berkerut. Dan orang akan mula menegur, "sarah, seriusnya!" . 

Hehe, maaflah, saya memang begitu. Paling ekstrem tahap kerutan saya adalah bila belajar. Kawan-kawan sekolah dulu selalu cakap, "muka budak cemerlang". Haha, sampai macam tu sekali. Kalau dekat rumah pula, abang saya yang akan mengadu. Mana tak nya, bila solat berkerut, mengaji berkerut, masa marah pun semestinyalah berkerut.

"sikit-sikit berkerut"

Ok, bosan tengok perkataan tu. Kesianlah pada keturunan saya nanti, genetik berkerut tu pasti mengalir dalam darah mereka. Maafkan nenek ya, hehe. 



Sudah, cukup sudah! Sekian, ma'assalamah :)