Monday, 20 May 2013

PowerPoint Sesi Kedua -bahagian 2-

Assalamualaikum.

Kembali bersiaran! Baiklah, tanpa membuang masa, mari kita lihat pembentangan oleh kumpulan seterusnya.

Kumpulan 6
Ilmu Pertolongan Cemas menjadi tajuk pilihan kumpulan ini. Pelbagai jenis ubat diperkenalkan dan cara-cara mengaplikasikan ubat pada bahagian kecederaan turut didedahkan. Lepas dah sapu ubat, tentulah dibalut. Macam-macam jenis alat balutan ada seperti, plaster, kain gauze, kapas, dan yang sewaktu dengannya. Teknik-teknik menyelamatkan mangsa turut diperkenalkan. Teknik-teknik ini didedahkan di dalam video, antaranya, CPR, cara nak selamatkan orang yang tersedak, dan lain-lain.



Kumpulan 14 
Baiklah, kumpulan ini membentangkan tentang 'Emosi'. Nak tahu apa itu emosi? Klik sahaja dekat perkataan 'Emosi' tu. Pembentangan PowerPoint kumpulan ini tidak memaparkan banyak tulisan tetapi menggunakan gambar-gambar sebagai medium untuk menjelaskan raut wajah dengan jenis emosi. Banyaklah emosi yang ditunjukkan. Antaranya, marah, benci, rindu, dan macam-macam lagi.


Kumpulan 15  
Tajuk kumpulan ini ialah, Tempat-Tempat Menarik di Malaysia. Istimewanya kumpulan ini, mereka memperkenalkan tempat-tempat yang jarang dikunjungi oleh rakyat Malaysia. Antaranya di Sabah, Pahang dan banyak lagi. Lupa pulak nak sediakan pen dengan kertas masa pembentangan tu sebab tengah sibuk layan sakit perut, haha. Kalau tidak, dapat jugalah catat nama-nama tempat tu.



Kumpulan 8 
Kumpulan ini insyaAllah semua sihat-sihat. Haha, kenapa ya? Sebab mereka sangat menitikberatkan kesihatan dengan berkongsi rahsia pemakanan sihat bersama kami. Topiknya, 'Pemakanan Seimbang'. Bila tengok pembentangan ni, teringatlah waktu dekat sekolah dulu. Belajar biologi pasal nutrisi dan sebagainya sampai biol, haha. Haa, yang ini pun tak sempat dengar sampai habis sebab perut buat hal. Jadi, apa kata kita menghayati je lah piramid makanan ni.


Kumpulan 3
Kumpulan kami adalah kumpulan terakhir yang menutupi sesi pembentangan. Tajuk kami, 'Blog, sekadar hobi atau ...?' Bagi sesiapa yang hadir sesi pembentangan ini, mereka tahulah apa yang dibincangkan. Antaranya, sejarah blog, jenis-jenis blog, fungsi blog, kesan blog dan kesimpulan. Video kami ala-ala Wanita Hari Ini punya rancangan. Yelah, dari kecil lagi saya berangan nak jadi pengacara rancangan tu, haha. Akhirnya, berjayalah berlakon sebagai pengacara.



Oh, ya! Ada dua kumpulan yang saya tak berkesempatan nak tengok, iaitu Kumpulan 13 dan Kumpulan 1. Tajuk kumpulan-kumpulan ni mengikut apa yang ditulis dalam blog En. Azzwan ialah, 'Antara Beli-Belah Melalui Internet atau Cara Tradisional' dan 'Aktiviti Lasak - Paintball'. 

Berdasarkan keseluruhan pembentangan yang sempat saya lihat, dapat saya simpulkan bahawa sesi pembentangan kedua ini banyak memaparkan bakat-bakat terpendam setiap ahli kumpulan. Ada yang pandai memasak, boleh berlakon, pandai meng'edit' video dan sebagainya.

Sekian, tamat sudah sesi penulisan pembentangan PowerPoint. 

Saya, Maisarah Shahrain, sehingga bertemu lagi, di alam maya ini. Ma'assalamah :)

No comments:

Post a Comment