Days passed, weeks by weeks and here I am now, today. I'm HOME! After breathless weeks, alhamdulillah this week provides me some space to live and breathe. But still I have classes for study week~ CLASSES okay. From Monday to Friday except Wednesday. And tomorrow, Fiqh and International Economics are going to be at the same time. Bravo! So, which one would you like to choose?
Do istikharah then~ hihu
***
"All I have, all I need is the air I would kill to breathe"
Manusia, sekiranya diberi masa tambahan pasti akan dibazir sepertimana air paip yang dibiar mengalir berterusan (ada kaitan?) Kenapa manusia macam tu? Atau mengapakah syaitan suka membisik perkara sia-sia? Well, itulah janjinya dahulu sewaktu Adam diciptakan.
Iblis berkata, "Ya Tuhanku! Oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, aku pasti akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya."
(Surah Al-Hijr 15:39)
Orang Melayu mengibaratkan masa itu emas, manakala Al-Quran telahpun berulang-ulang kali mengingatkan kita tentang masa. Sesungguhnya Allah telahpun bersumpah dengan masa seperti di dalam surah Al-Asr, Al-Lail, Ad-Dhuha dan banyak lagi. Ini jelas menandakan masa itu teramatlah penting dan lebih berharga daripada emas. Manusia merupakan makhluk yang terkenal dengan kealpaan, maka Allah ingatkan melalui mukjizat agungnya.
Sekiranya kita lihat dari perspektif Hassan Al-Banna, iaitu seorang tokoh pelopor Ikhwanul Muslimin, beliau mengatakan, "manusia dan masa muda adalah maksiat." Ini adalah kerana dengan sisa-sisa masa yang ada, seringkali dihabiskan dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat. Perkara ini akhirnya mendorong ke arah maksiat. Jangan sempitkan fikiran anda dengan mengatakan maksiat itu hanyalah berlaku antara lelaki dan perempuan, malah sekiranya kita melakukan perkara-perkara yang tidak membantu untuk menaikkan saham kita di akhirat juga dikira maksiat. Dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar maksiat.
OH MY TIME! InsyaAllah sama-sama manfaatkan masa. Peringatan bersama terutama diri sendiri, kerana tangan yang menulis dan mata yang melihat lebih dekat berbanding para pembaca sekalian. Kata orang, "telinga yang menyampaikan itu lebih dekat daripada telinga orang yang mendengar." (betul kah ayat tu?)
Sekian, akhir kata, Ma'assalamah ^_^