Assalamualaikum.
Lama sudah saya tidak menulis di blog ini. Walaupun dah lama tak menulis, tapi selalu juga jenguk blog ni. Boleh dikatakan setiap hari, tapi idea nak menulis tu tak juga kunjung tiba.
Fikir, fikir, dan fikir.
Apa rasionalnya saya menulis blog ni? Selepas diselidik, kebanyakan 'post' yang ditulis adalah berkaitan diri sendiri. Rasa macam tak ada privasi pula dan rasa macam syok sendiri. Haha.
Memandangkan zaman menulis karangan sudah lama ditinggalkan sejak berakhirnya SPM, maka idea untuk menulis juga semakin sukar dikeluarkan dari otak yang kecil tetapi berkapasiti tinggi ini dari sudut sainsnya. Atau mungkin juga kerana kurangnya membaca dan tidak cakna isu semasa mengehadkan pemikiran untuk menghasilkan buah fikiran yang menarik?
Jika hendak dikatakan kekurangan masa, tidak juga. Manusia diberi jumlah masa dengan adil oleh Sang Pencipta. Semua makhluk ciptaannya memiliki 24 jam sehari, tiada kurang, tiada lebih. Istilah kekurangan masa itu sebenarnya sengaja diada-adakan oleh manusia yang sememangnya kurang bersyukur (saya lah tu) dan sering sahaja mencipta alasan untuk mengelak. Hanya mereka yang bijak serta pandai memanfaatkan masa sahaja mampu menangani isu masa. Sekiranya kita bijak membahagi masa, bijak jugalah kita memanfaatkan masa. Namun, manusia pantang melihat masa yang terbuang, lalu diisikan masa-masa tersebut dengan perkara yang merugikan (saya juga lah tu).
Haa, nampak tak? Dari isu kekeringan idea menulis kepada isu masa. Nampak tak, bahawa kompleksnya pemikiran manusia itu? Dari satu perkara membawa kepada sesuatu perkara yang lain. Begitu juga dalam keadaan kita bersembang sakan. Daripada isu sekecil-kecilnya boleh disembangkan dalam masa yang panjang. Jika kita membuat satu lakaran jadual pokok (istilah statistik), pasti kita dapat lihat, satu topik utama dikembangkan mengikut cabang-cabang sehingga lah sesuatu perkara itu bertemu titik akhir iaitu konklusi.
Pendek kata, akal yang dikurniakan jangan dihadkan. Gunakan sebaik-baiknya dan manfaatkannya untuk kebaikan sejagat. Haha, cakap senang lah cik kak. Salah satu cara nak kembangkan akal ialah berfikir. Ya, berfikir! Jangan malas berfikir tau Maisarah.
Setakat itu sahajalah ngomelan saya. Sekian, ma'assalamah :)
No comments:
Post a Comment