Sunday, 19 May 2013

PowerPoint Sesi Pertama

Assalamualaikum.

Baiklah, 'entry' kali ini saya akan menulis berkenaan pembentangan 'PowerPoint' oleh dua buah kumpulan di dalam kelas kami, iaitu Kumpulan 12 dan Kumpulan 2. Dua buah kumpulan ini telah membentang pada Khamis lalu, bertarikh 9 Mei 2013.

Kumpulan 12 sebagai kumpulan yang pertama membuka tirai pembentangan dengan topik Pantang Larang bagi kaum Melayu, Cina dan India. Hmm, menarik jugalah dan sangat melambangkan semangat 1 Malaysia di situ. Seperti biasa, pantang larang kaum Melayu banyak yang sudah kami ketahui. Namun, ada juga sedikit sebanyak yang jarang didengar. Manakala, pantang larang kaum Cina yang lazim didengar ialah dilarang menyapu rumah pada hari raya yang pertama kerana dianggap membuang keuntungan atau 'ong' pada hari tersebut. Paling jarang didengar ialah, tidak digalakkan memberi hadiah berupa jam tangan kepada mereka di hari lahir kerana pemberian itu seolah-olah menantikan saat kematian si penerima jam tersebut. Manakala, bagi kaum India pula, digalakkan memakai pakaian yang berwarna garang seperti merah, biru dan oren. Mereka dilarang memakai pakaian yang berwarna hitam atau putih yang bermaksud kesedihan.

Kemudian, kumpulan 2 pula tidak kurang hebatnya dengan pembentangan bertajuk 'Kasut'. Pembentangan mereka dimulakan dengan video yang SANGAT MENARIK! Lagu yang dimainkan dalam video itu juga sesuai dan dapat menarik perhatian kami. Macam-macam jenis kasutlah yang ada di pasaran, terutama bagi golongan wanita. Antaranya, pumps, wedges, booties, dan macam-macam lagi. Ingat lagi, dulu selepas habis PMR, saya suka main satu permainan ni, tapi lupa sudah tajuknya. Dalam permainan tu, macam-macam jenis kasut ada. Istilah fesyen juga banyak didedahkan. Jadi, bila mereka membentangkan topik ni, teringat zaman awal remaja dulu.

Ceh, macam dah tua je (-_-') . Hiperbola sungguh kamu!

Keseluruhannya, bagus  ^_^  walaupun masalah teknikal sana sini.

Sekian, ma'assalamah :) 



Saturday, 11 May 2013

Jalan-jalan cari makan

Assalamualaikum, berjumpa lagi!

Makan. Itu subjek kegemaran saya ^_^. Kalau orang lain pergi jalan-jalan cari baju, kasut dan sebagainya yang tidak mengenyangkan, saya lagi suka jalan-jalan cari makan. Teruk betul nafsu makan si kecik ni -_-"

Dan..kalau dah keluar tu, masa itu le teman nak mencuba makanan baru. Jadi, saya akan 'target' nama-nama restoran yang macam agak baru didengar dan 'interior design' yang menarik. Tapi, biasanya restoran macam tu harga dia pun 'menarik' lah kan? Nak tanggung seorang memang tak mampu lah, jadi saya akan ajak koloni-koloni saya (sepupu) untuk bersama-sama dalam ekspedisi jalan-jalan cari makan.

Disebabkan mereka itu pengikut setia saya, jadi mereka sentiasa setuju dengan rancangan gila saya ni. Kesian mereka, tak pasal-pasal duit dorang pun habis sama, ngeh3~ Hidup kena bijak, iye dak? Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Ok, kekeringan idea nak tulis, biar gambar berbicara.


Gambar tiga serangkai kat bawah ni dekat Bulgogi Brothers. Gambar yang sempat diambil hanyalah "welcome food" dia. Haa, yang ini percuma. Semua orang yang datang, akan dapat makanan ni secara percuma. Jangan jadi macam kami, dapat je makanan ni, pandang kiri pandang kanan, depan belakang. Peliklah, kami mana order benda alah ni. Dia pun tak habaq mai ada makanan percuma ni.

Dahlah tak sedap, sayur jeruk je semua, hahaha. Mula-mula hampa, ye lah lain yang dipesan, lain yang kami dapat. Daripada 3 set, dapat satu je. Macam-macam andaian lah kami buat. Anis kata kena habiskan semua ni baru dapat makanan kita. -_-" Hmm, macam mengarut. Tapi setelah tunggu dan terus menunggu, makanan kami tak sampai-sampai. Dan...kami rasa macam betul je andaian tu. Disebabkan perut saya ni boleh terima apa je, makanya saya lah yang bersemangat untuk habiskan 'welcome food' ni.

Lepas tu, datanglah pelayan tu hantar makanan. Cis, orang dah kenyang baru kau hantar makanan! Penat je  tekak ni telan jeruk-jeruk tu. Kalau tahu, tak payah jamah pun tak apa. Lagi-lagi makanan tu percuma kan? Hoho. Tapi sebenarnya kalau dapat jalan-jalan makan makanan melayu lagi puas kot. Terutama makanan yang dekat lori atau warung tu, haha. Almaklumlah, lagi murah lagi sedap. Jimat pun jimat, kan?

Ok, sekian ma'assalamah :)





Wednesday, 1 May 2013

Tenang

Assalamualaikum.

Alhamdulillah masih dikurniakan kelapangan untuk menulis pada masa yang genting ini. Walaupun 'entry' sebelum ini masih kekal dalam bentuk 'draft' namun saya terasa untuk menulis tentang apa yang saya lalui hari ini.

Tenang. Ya, itulah yang saya rasa buat masa ini. Bermula jam 0650 saya bersiap untuk pulang ke rumah. Walaupun mata masih berat untuk celik selepas solat Subuh, namun saya gagahkan diri untuk pulang dan bersiap dalam masa yang pendek. Semata-mata ingin mendapatkan bas pada pukul 7.30 pagi.

Lima minit sebelum jam 0730, saya dan rakan sebilik keluar untuk menunggu bas. Alhamdulillah, masa menunggu tidak lama, kami terus berjaya mendapatkan bas seperti yang dirancang. Seperti biasa, perjalanan dari Kolej Keris Mas ke Stesen Kereta Api Tanah Melayu memakan masa selama 30 minit memandangkan bas tersebut pusing satu UKM. Sementara sampai, sempat juga saya lelapkan mata.

Setibanya di Stesen KTM UKM, bilangan orang yang beratur membeli tiket sangat panjang. Nasib menyebelahi saya kerana mempunyai duit kecil. Tanpa membuang masa, saya ke mesin belian tiket yang mana saya tidak perlu beratur pun kerana tiada siapa menggunakan perkhidmatan tersebut. Sebaik sahaja selesai urusan di mesin, KTM menghala ke selatan tiba. Berbekalkan daya yang saya ada, kaki ini pantas berlari mendaki dan menuruni anak tangga....dan, Alhamdulillah, sekali lagi Allah permudahkan perjalananku. Mungkin itu salah satu hikmah berpagi-pagi :)

Perjalanan dari UKM ke Nilai hanya memakan masa 15 minit. Apabila pintu komuter dibuka, secara spontannya saya memandang langit. Subhanallah, sungguh cantik cuaca di Nilai pada pagi ini. Cuaca yang tenang menenangkan fikiranku yang berserabut ini. Oh ya, tanpa disangka-sangka, saya terjumpa dengan rakan sebilik saya sewaktu di matrikulasi dahulu. Ya, nikmat yang saya dapat berganda-ganda hari ini, terima kasih Pencipta!

Ok, dah cukup. Sekian, ma'assalamah :)