Sejak dua menjak ini, dia diam. Makanan juga tak lalu dia jamah. Fikirannya melayang jauh. Aku fikir, hidupnya tak seindah dahulu. Keceriaan yang sering menghiasi wajahnya kini sugul. Dahulu dia di zaman kegemilangannya. Semua orang nampak bakatnya, sehinggakan sampai satu tahap dia penat apabila kelebihannya dipergunakan.
Kini dia lebih selesa sendiri. Memendam kelebihan yang dahulunya ditonjolkan. Namun sedih, kerana dia bagaikan di dalam zon terperangkap dengan perasaan sendiri. Traumanya menguasai diri. Mulut yang dahulu petah berbicara, kini lebih selesa terkunci.
Sayang, seribu kali sayang. Bakat yang pernah digilap suatu masa dulu kini kembali legap. Sinarnya tiada. Hidupnya tidak mencabar-zon selesa-
Dia tetap dengan fikirannya. Aku tidak mampu menasihat memandangkan itu 'mind-set' dia. Cakaplah banyak mana pun, dia tetap berdegil. Untuk dia mempercayai orang juga susah. Selama manakah trauma itu terperangkap dalam diri? Please, get a life!