Untuk 'post' pertama, mari ber'ta'aruf' (berkenalan) dengan L'effort est ma force .
Haa, apakah? Sah-sah lah bukan manusia. Sebenarnya perkataan ini diterjemahkan ke bahasa perancis. Kalau kita perhatikan, ada perkataan bahasa inggeris yang kita terus faham bila baca ayat ni iaitu 'effort' dan 'force' tp bila kita dengar orang perancis cakap, mesti tak tercapai dek akal untuk memahami. Kalau diterjemah mentah-mentah, dua perkataan ni maksudnya usaha dan daya, kekuatan dan seumpama dengannya. Hmm apa maksudnya? Ok, cukuplah dengan tanda tanya.
Maksud ayat ni : 'usaha ialah kekuatan saya'.
Jadi, kenapa nama blog ni dinamakan L'effort est ma force? Sebabnya, bahasa dia nampak cantik :p (bahasa Allah semuanya indah :)) dan sesungguhnya maksud ayat tu akan sentiasa mengingatkan saya bahawa, dalam apa-apa hal pun harus ada usaha kerana dengan usaha dia akan membawa kita ke arah kejayaan dan boleh pergi jauh. Kalau kita 'jatuh' dalam hidup pun satu-satunya cara untuk kita bangun dan tunjukkan kekuatan diri adalah dengan usaha. Setuju? Fikir-fikirkanlah.
Jadi, ayuh laungkan L'effort est ma force kalau rasa nak bangkit semula lah atau apa-apa bahasa yang anda suka ^__^
Tapi, yang sebetul-betulnya ialah mengingati Allah dan minta apa-apa sahaja kepada Maha Pemurah lagi Maha Penyayang setiap masa selepas kita berusaha, ok? Ma'assalamah :)
No comments:
Post a Comment