Sunday, 24 February 2013

Pewaris anak bangsa 1

Assalamualaikum...
'Entry' kali ini adalah berkenaan kanak-kanak. Secara amnya, kanak-kanak ni ialah mereka yang belum akil baligh. Kalau mengikut akta kanak-kanak 2001, individu yang berumur 18 tahun ke bawah adalah di bawah kategori kanak-kanak. Wah, lama jugak lah kita jadi kanak-kanak kan?
Tapi, sebenarnya saya bukanlah nak huraikan apa akta kanak-kanak tu. Tujuan saya menulis hari ni adalah untuk menceritakan pengalaman menjadi guru tadika.

Saya jadi guru tadika pun sejak kanak-kanak :p . Takdelah kanak-kanak sangat tapi penghujung kanak-kanak, iaitu pada umur 18 tahun. Daripada duduk rumah melangut tak tahu nak buat apa lepas SPM, baiklah cari kerja. Maka, bermulalah kerja sebagai seorang pendidik anak bangsa.

Pada mulanya, teruja sangat dapat kerja. Walaupun masa-masa macam ni orang sibuk ambil lesen kereta, tapi saya sibuk mencari sesuap rezeki. Disebabkan itu, sampai sekarang takde lesen, huhu. Ok, kembali kepada topik asal. Tanggal 6 Januari 2011 hari Khamis, saya menjejakkan kaki ke Tadika Khalifah Jaya, Enstek atau lebih dikenali sebagai Little Caliphs. Sejujurnya, minggu pertama kerja dekat tadika sangat letih sampai demam-demam. Biasalah, nak kena berhadapan dengan budak-budak yang terlebih aktif ni.
Tapi, budak-budak kalau tak aktif pelik pulak kan? Yang bagusnya, dalam 'hyper-active' tu ada minat untuk belajar dan rajin buat kerja. Bagus anak-anak teacher ni ^__^ . Tengoklah mereka dalam kelas~

 rajin kan?
 haha, yang peliknya anak murid saya seorang ni dari tadi asyik berdiri, macam dia pulak cikgu kat sini.
  semangat sangat belajar sampai botol susu pun belajar dengan dia.

Oh, lupa pulak nak cakap yang saya ni mengajar budak empat tahun, jadi perangai kebudak-budakkan mereka itu sangat terserlah. Contohnya, mereka akan menangis tiba-tiba, suka main daripada belajar, dan paling banyak kes ialah, setiap pagi mereka akan menangis apabila ibu bapa menghantar ke tadika. Seperkara lagi, setiap kali mereka nak ke tandas, guru kena awasi. Takut-takut terjatuh ke, buang air besar dekat sinki atau lantai ke, susah pulak nak bersihkan nanti. Ada jugak dalam kalangan mereka ni yang masih pakai lampin pakai buang. Jadi, setiap kali ada haruman yang 'harum' tu, tak lain tak bukan ada yang membuang lah tu. Selain itu, bila kita jadi guru tadika ni, telinga kita kena tahan dengan aduan-aduan mereka yang ke'anak-anak'an itu. Yang pasti, mulut mereka tidak lekang daripada memanggil "teacher, teacher" sampailah kita pandang dan bela dia depan kawan-kawan.

Detik paling penat nak jaga mereka ni adalah apabila tiba waktu bersukan. Ya Allah, aktif tak ingat dunia dah. Masa itu jugaklah risiko untuk mengalami kecederaan sangat tinggi. Tapi, kita akan rasa seronok bila tengok budak-budak seronok. Lihatlah, betapa seronoknya mereka : 




bersama Teacher Has

bersama teacher Sarah .. saya lah tu


Sekian, sampai di sini coretan hari ni. Ma'assalamah :)


Saturday, 23 February 2013

Jom Ta'aruf !

Assalamualaikum...
Untuk 'post' pertama, mari ber'ta'aruf' (berkenalan) dengan L'effort est ma force .

Haa, apakah? Sah-sah lah bukan manusia. Sebenarnya perkataan ini diterjemahkan ke bahasa perancis. Kalau kita perhatikan, ada perkataan bahasa inggeris yang kita terus faham bila baca ayat ni iaitu 'effort' dan 'force' tp bila kita dengar orang perancis cakap, mesti tak tercapai dek akal untuk memahami. Kalau diterjemah mentah-mentah, dua perkataan ni maksudnya usaha dan daya, kekuatan dan seumpama dengannya. Hmm apa maksudnya? Ok, cukuplah dengan tanda tanya. 
                                                
Maksud ayat ni : 'usaha ialah kekuatan saya'. 

Jadi, kenapa nama blog ni dinamakan L'effort est ma force? Sebabnya, bahasa dia nampak cantik :p (bahasa Allah semuanya indah :)) dan sesungguhnya maksud ayat tu akan sentiasa mengingatkan saya bahawa, dalam apa-apa hal pun harus ada usaha kerana dengan usaha dia akan membawa kita ke arah kejayaan dan boleh pergi jauh. Kalau kita 'jatuh' dalam hidup pun satu-satunya cara untuk kita bangun dan tunjukkan kekuatan diri adalah dengan usaha. Setuju? Fikir-fikirkanlah.

Jadi, ayuh laungkan L'effort est ma force kalau rasa nak bangkit semula lah atau apa-apa bahasa yang anda suka  ^__^
Tapi, yang sebetul-betulnya ialah mengingati Allah dan minta apa-apa sahaja kepada Maha Pemurah lagi Maha Penyayang setiap masa selepas kita berusaha, ok? Ma'assalamah :)