Friday, 11 October 2013

Hayat yang Dibazir

Hidup ini indah
Seindah zarah yang menari
Dalam kepulan asap
Dihela tuannya penuh ghairah
Tak sedar racunnya membunuh 
Ahh...indah...

Indah bukan?
Gelombang tawa memenuhi ruang
Memati kesepian
Menghibur hati tatkala duka
Sedangkan zikrullah lebih berkuasa

Si gadis dan teruna
Beriringan berpegangan tangan
Rancak beraksi di tengah khalayak
Tiada segan silu
Lantas dihimpit kontroversi
Maaf dipinta pada manusia
Bukan Sang Pencipta

Ini realiti
Masalah umat dipulau jauh
Menghalang, dikata kolot
Menegur, kita diherdik
 Jika dibiar, menjadi barah
...

Indah, sememangnya indah
Bertambah indah dengan gelak tawa durjana
Musuh berkinja melihat kita alpa
Di atas pentas dunia
Rencana yang membuahkan hasil

They said,
"Well done! Well done! Very well!
*evil laugh*


#hasil yang dibekukan selama sebulan, tiba-tiba rasa nak sambung tulis apabila bertemu dengan seorang insan hebat :) DAN hasil ini bukan yang terbaik. Ini hanya cubaan semata-mata, hehe. 






Thursday, 10 October 2013

The New Me!

Assalamualaikum.

Settled.
Breathe in. Breathe out.
Fuhh, lega dah siap~
So, here i'm presenting....

TADAAAA~

The new image of Leffort Est Ma Force!

Bagi saya, header ini terlalu pink dan keperempuanan + kebudak-budakkan. Tema rasmi blog ini juga telahpun lari dari tema asalnya. Tema asal ialah ala-ala french garden. Dihiasi dengan bunga-bunga di taman (;p), warna yang tenang dan tidak terlalu terang. tapiiii...hmm~ waktu buat rasa biasa je, bila dah jadikan header, tiba-tiba rasa 'alamak!, erkkk'. 

Ah, persetankan itu semua! Hadaplah untuk beberapa tempoh yang tak pasti tu. Pada yang rasa mual, silakan muntah..haha, sbb aku tengok pun menyampah. Disebabkan itulah, nak taknak letak background putih je.

Selamat menjamu selera!

Sekian, ma'asslamah :)

Under Construction

Blog ini sedang dalam proses 'bersalin kulit' . Harap tidak ada yang sakit mata kerana background dan header yang tidak 'match' antara satu sama lain.