Thursday, 9 June 2016

A List to do!

4 Ramadan 1437H

Alhamdulillah, diberi nikmat untuk terus bernafas.....walaupun bila dah senaraikan 'A List to do' rasa mcm tak boleh bernafas x_x 

Ok, itu semua hiperbola.

Sem 1 ends unofficially. Meaning, masih belum exam dan assignment masih beratur. But as long as class and all presentations done, then CLASS IS OVER for this sem.


Hari tu buat senarai assignment. Nahh, hayya 'alal Falah!!! Jihad sisturr

Ok tu baru senarai kerja-kerja duniawi. Senarai tanggungjawab dan peranan sebagai individu muslim belum list kan semua lagi. Baru sebahagian sahaja. Senarai bahan bacaan untuk masa hadapan, senarai itu ini....tak tersenarai akhirnya ...

MasyaAllah sisturr, tanggungjawab yang kita ada lebih banyak dari masa yang kita ada. How can you survive in this kind of life?

You choose to live like that, so it means you're ready for that. REALLY??? 

"Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakal." (Ali Imran 3:159)

Do we have any other option? Once we've made a decision, be firm! Have faith! Keep going and don't look back! Walaupun nak hadap semua tu sampai berendam air mata.

Dan ingatlah Allah berbicara dengan kita melalui kitabNya:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya....." (Al-Baqarah 2:286)

* * * * *

Kehadapan Maisarah,
Jagalah dirimu, hatimu, imanmu, dan amalmu...
Sayangi dirimu,
Kerana dirimu begitu berharga...

Haa! Tiba-tiba je dah kenapa?

Betullah, paling penting tu jaga iman dan amal! Tanpa iman, manusia hilang arah..jika ada iman tapi tiada amal, manusia ibarat pohon tidak berbuah. Pesanan yang bawah sekali tu pesanan penaja >_<

Sekian, ma'assalamah.  






Tuesday, 7 June 2016

Hadapilah

Assalamualaikum. Salam 2 Ramadan ^_^

Dalam hidup ni, kita sangat perlukan motivasi dalam setiap perkara yang kita lakukan. Mengimbau kenangan kecil-kecil dulu, aku sentiasa bersemangat berhadapan hari-hari baru. Sentiasa bersedia. Motivasi? Hmm, tak pernah wujud istilah takde motivasi nak berjaya.

Walaupun aku rasa sangat tak pandai kat kelas dulu. 

Paling aku ingat, subjek Maths paling aku tak suka bila keluar soalan penyelesaian masalah. Yang kertas soalan matematik 2 tu..aku tak faham betul ayat soalan tu! Aku faham ikut lain tapi soalan nak lain. Kalau aku buat latihan dengan mak, memang kena marahlah. Mak pulak jenis yang bila kita tanya, dia akan tanya balik. Dia suruh aku fikir. Bila aku jawab, SALAH. Haa memang sedaplah kena marah LAGI. Menangis lah si ratu air mata ni. Pastu kena marah sebab menangis hahaha. Pastu apa jadi kat soalan tu? 

Kesah? Walau nangis air mata darah sekalipun, kau jangan ingat mak lepaskan aku, perabih kerja tu ceq. Dan soalan itupun selesai lah dengan drama juraian air mata.

*erkk, macam tak menarik je cerita kau -_-*  

Abaikan. Tapi ajaibkan, tak pernah give up untuk cuba lagi dan terus mencuba. Ok, cuba bandingkan dengan kehidupan sekarang, jeng jeng.

Haha, zaman sekolah-sekolah dulu memang ajaib lah mungkin sebab tak banyak benda yang kita fikir. Masalah terbesar kita adalah MACAM MANA AKU NAK SKOR. Itu je. Takde fikir pasal masalah umat, masalah dunia/ekonomi/politik tolak tepi, masalah cintan cintun lagilah tak layan sebab rasa tak perlu kot haha. Masa kita untuk belajar tu panjanggg sangat. Pergi sekolah belajar, balik rumah belajar lagi petang tu sampai lah malam nak tidur, life kau dengan buku dan homework berpisah tiada. Adalah layan tv time pkul 1.30-2.30 (Sinetron Bawang Putih Bawang Merah), 8.30-9.30 (cerita korea). #jangankecamsis

Sekarang ni dah jadi lain, yelah dah besar kan. Skop pemikiran pun kenalah besar. Jangan nak hidup macam dolu-dolu lagi. Banyak benda nak fikir. Bila belajar kat uni, motivasi tu memang kena kuat, nak-nak kalau kita ni aktif, macam2 benda nak join. Pastu dah tak tercater nak balance kan semua. But after all, degree life aku berjaya survive lagilah. 

p/s: sebenarnya masalah terbesar bukan pada BANYAKNYA KERJA NAK BUAT tapi BANYAKNYAA DISTRACTION! Distracted dengan gajet2 yang selalu mensasarkan niat nak buat assignment.

Sampailah...aku start kerja kat one of GLC company, I found that its hard to motivate myself to go to work (ni bila aku kena hadle satu projek yang...masyaAllah! Mencabar sangat!). After Subuh terus siap kejar train. Jalan kaki dari rumah laju-laju. Lalu bawah jambatan busuk, kotor erkk...pastu jalan laju2 lagi kat jalan berbukit. Part ni, kalau pakai kain, memang seksa lah nak naik. Paling mendebarkan, bila kau masuk train pagi-pagi macam tu, tapi takde tempat duduk..berdirilah sepanjang 45 minit dalam tu. Mengantuk? Tidur berdiri sajalah labu..haha. Then, amik LRT 15 minit ke Ampang Park, bersempit2lah seperti iklan MILO FUZE tu. Sampai je destinasi, you have to queue and wait for ____mins to take a shuttle van *fill in the blank*  

Pesanan penaja: 
1. Manfaatkan masa berjalan/menunggu train/dalam train untuk membaca mathurat pagi ^_^ . Pernah lah try nak hafal ayat quran, tapi tewas huhu.
2. Ada baiknya gunakan masa beratur ni untuk baca AQ ^_^ untuk pastikan matlamat sehari 10 m/s tercapai hehe.

Pastu sampai kerja buat kerja (time kerja banyak). Kalau xde kerja melangut depan lappy tak tau nak buat apa. Dan balik 5.30, berulanglah kisah yang sama seperti pagi tadi. Smpai rumah selalunya malam lah sebab masa2 menunggu public transport ni selalunya memang lama lah nak oi. Begitulah kitaran hidup buruh di KL yang menetap di Bangi. Bila bos berhenti kerja, kita laagilahh takde kerja, maka banyaklah insiden menyibuk kerja orang. Tapi, surrounding, staff semua memang best lah. Rinduuu

Dan sekarang, bila dah jadi student balik, cabaran tu tetap ada. Berjalan kaki mengejar public transpport tu tetap ada. Sudah lumrah hidupku hehe. Degree --> Master: its not easy. 

Masa terluang makin banyak = time management tunggang langgang.

Pendek kata, satu je cara nak bermotivasi dalam hidup ni. BERSYUKUR dengan apa yang ada. We may not get what we aim to be but we will get what Allah has plan for us. Percaya setiap kesusahan ada jalan keluar dan kesenangan sebenarnya lagi besar ujiannya. Semuanya bergantung kepada diri kita bagaimana kita menghadapi 2 situasi tersebut. Kebiasaannya org akan jadi begini:

kesusahan:  lemah --> kuat
kesenangan: kuat --> lemah

You are what you think. Choose to be motivated or demotivated? 

Walau hujan badai kan terus melanda
Walau amuk gelombang tak henti menerjang
Walau terang mencegah, walau mentari kan membakar
Jangan letih menapaki kehidupan
Hadapilah segala tentangan
Sambutlah harimu dengan suka cita
Hadapilah segala ujian
Dalam kesulitan pasti ada kemudahan 
-Hadapilah, Shoutul Harakah-

“Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Kemudian, apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), dan kepada TuhanMu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). 
                                                                                                                                   –Al-Sharh (94:5-8)