Pejam, buka, pejam. Tarik nafas dalam-dalam, hembus. Gerakkan otot-otot di badan. Mulakan langkah yang pertama ke depan, kemudian ke belakang. Buka mata semula.
Alhamdulillah, aku masih hidup! Syukur.
Mata masih berfungsi, diri masih mampu bernafas. Menghirup oksigen dan melepaskan karbon dioksida. Ya, sistem badanku berfungsi seperti ketetapanNya. Otot di badan juga bergerak normal. Langkahku juga lancar tidak lagi tersungkur. Jika aku mempunyai 'check-list', akanku tandakan '/'. Semuanya lengkap dan sempurna kemudian, lukis 'smiley' sebesar-besar alam.
Manusia gembira setiap kali bangkit dari lena, mereka masih diberi peluang menetap di bumi Penciptanya. Dia masih sudi meminjamkan alamNya untuk kita berpijak dan masih memberi peluang untuk menjalani hidup seperti sedia kala. Tapi, kadangkala, pernah atau tidak, kita 'refresh' semula sepanjang perjalanan hidup sehari-hari?
Bangun pagi. Pergi kelas/kerja. Makan. Balik, tidur. Bangun, online. Buat kerja. Online lagi. Makan. Onlineeeeee je, sampai malam. Belajar sikit-sikit. Tidur. Zzzzz.
Esok, berulang rutin yang sama. 'Oh, what a life!' Bosan. Apa matlamat hidup kita sebenarnya? Kadang-kadang kita tulis matlamat hidup. Kita sedar apa yang kita mahu. Tapi tindakan?
.............................
#Selingan: Manusia diciptakan dengan dua tujuan.
1. Beribadah kepadaNya
2. Menjadi Khalifah Allah.
Itu adalah matlamat utama penciptaan manusia. Sepatutnya setiap daripada kita perlu sedar hakikat kehidupan. Beribadah bukan hanya di atas sejadah mahupun mengeluarkan harta lalu bersedekah. Bukan juga hanya membeku di surau/masjid tanpa melihat dunia luar. Itu konsep yang salah.
Setiap perbuatan/pekerjaan yang diniatkan kerana Allah SWT merupakan ibadah.
Jom tajdid (perbaharui) niat!
Ma'assalamah :)