Monday, 25 March 2013

Ya, 25!

Assalamualaikum...

Hari ini Isnin, 25 Mac 2013. Tepat jam 0900 waktu U.S.A bersamaan dengan jam XXXX waktu Malaysia, telah lahir seorang insan di dunia ini pada 25 tahun yang lepas. Pasangan Mohd Shahrain dan Sufiawati telah dianugerahkan seorang puteri sulung yang sempurna, alhamdulillah :)

Puteri sulung yang dimaksudkan ialah Dhuha Bt. Mohd Shahrain. Bersempena kelahirannya pada waktu Dhuha, maka disebabkan itu, nama Dhuha diberikan.

Zaman kecil


Teman sepermainan (Kak Ngah, Epi dan Sarah). Tapi kesian, Nu'man tak lahir lagi.

Kini, genaplah 25 tahun usia puteri sulung ini 'a.k.a' kakak saya.


Semoga Kak Yong sentiasa hidup dalam keredhaan Allah, dikurniakan tubuh dan iman yang sihat, dimurahkan rezeki dan berjaya menjadi doktor gigi yang berguna unutk agama bangsa dan negara.

p/s: Semoga cepat bertemu jodoh! :) Adikmu tidak sabar untuk mendapat anak buah di usia muda, hehe.

Sekian, ma'assalamah :)








Saturday, 23 March 2013

Bicara Cinta

Assalamualaikum.

Ohh, nampaknya dah masuk jam 00++, jadi harus saya katakan ini post untuk semalam. (jam 2000-2300)
Ada apa dalam masa 3 jam tu?
.....................
Hujan rintik-rintik, air bergelora, orang sangat ramai tapi khemah kecil. (-_-") 
Apa sebenarnya yang mahu kamu sampaikan Maisarah?

Baiklah, baiklah! Disebabkan saya mengantuk, jadi saya hanya mahu kongsikan gambar-gambar sahaja. Nah, hidangan tak seberapa. Maaf gambar 'blur'.

Haa, nampak tak siapa? Meh kita 'zoom in' lagi


Eh? Penat je potong gambar ni, ingatkan besar :(


 Tengok yang ini lah senang.
Haa, kan dah jelas, nyata dan terang. 
Inilah ahli-ahli panel forum Bicara Cinta. Dari kiri: Firdaus (DJ radio Nasyid fm), atas: Ustazah Fatimah Syarha yang comel dan manis, bawah: Yatt Hamzah yang tak jelas gambarnya. (mungkin sebab dia cantik sangat, hehe)

Ok, mata pun dah kuyu, nak cerita banyak pun nanti banyak 'point' yang tak sampai. jadi, sampai di sini sahaja. Ma'assalamah :)

Oh ya, sebelum tu, gambar anak Yatt menyanyi (:


p/s: Forum Bicara Cinta ini dilaksanakan di kolej kediaman saya, Kolej KerisMas. Pada masa yang sama, berlangsung juga ceramah Tun Dr. Mahathir di DECTAR dan Hilal Asyraf di Kolej Pendeta Za'aba. Jadi sebagai pelajar yang mengaplikasikan konsep ekonomi, saya harus memilih satu sahaja dan perlu melibatkan kos lepas walaupun terpaksa..huhu



Thursday, 21 March 2013

Warga RSK, Cheras

Assalamualaikum.
Tanggal 20 Mac 2013, pelajar-pelajar Pembangunan Diri set 10 pergi melawat rumah orang-orang tua. Di mana? Jom, tengok!


Sebelum berjumpa mereka, kami makan dulu~


Ok, dah habis makan, barulah kami bergerak ke tempat tetamu di sambut. Agak terkejut dengan keluasan tempat ni, sebab sebelum ni pergi rumah orang-orang tua biasa je, tak de lah besar dan cantik seperti di RSK, Cheras.


Kedatangan kami disambut dengan alunan muzik oleh mereka. Ini pun satu perkara yang tidak dijangka. Kami ingatkan persembahan hanya dibuat oleh pelajar, rupa-rupanya mereka turut serta dalam memberi persembahan. Yang berbaju putih di bawah adalah orang yang mengendalikan acara mereka.


Sebenarnya, banyak lagi gambar dan ramai lagi warga emas yang tiada dalam gambar. Tapi setakat ini sahaja dulu.

Sekian, ma'assalamah :)

Wednesday, 20 March 2013

Keputusan SPM!

Assalamualaikum...
Kehadapan sepupuku,


yang bakal menerima keputusan SPM, semoga anda mendapat keputusan seperti ini:


atau yang ini :

Ameen~
Atau apapun keputusan yang bakal kalian terima, bersyukurlah dan terimalah dengan redha. DUP DAP DUP DAP, 1 hari lagi!

Selamat maju jaya Khamis ini. Selamat menempuh slip keputusan yang cantik tu ya!
Ma'assalamah :)

Monday, 18 March 2013

Done!

Assalamualaikum...

Kali ini, 'post' berkenaan pembentangan CESMED. Sambungan dari 'Alahai Cesmed'.
Kalau sebelum ni ternganga depan lego-lego untuk mencipta 'bluetooth headset', kali ni berjaya jugak buat, tapi biasa-biasa sahaja. Jom tengok!

 Cincin dekat bawah tu hanya sebagai sokongan alat tu untuk berdiri ya.
 Pandangan sisi.
 Tambahan 'gold dust' untuk tampakkan ke'mahal'an tu, hehe.
Mahal ke? Dah macam rupa cacing je :p

Akhirnya, kurang satu beban kami setelah berjaya menyampaikan pembentangan ini. Alhamdulillah :)

Muka gembira kami walaupun bukan pembentangan terbaik.
Mestilah ceria sebab dah habis. Wee!

Friday, 15 March 2013

(^__^)

Assalamualaikum ya ahli blog!

Nah, ini salah satu blog yang saya sangat suka baca, tetapi saya hanya mengikutinya melalui email, memandangkan blog ini bukan didaftar bawah 'Blogger' sebaliknya .... cari sendiri!


Milik siapakah blog ini?
Kini bukan rahsia lagi, memandangkan nama tuan punya blog sudah terang lagi bersuluh ada di dalam gambar di atas.

Ya, ini blog milik Dr. Halina isteri kepada Dato' Dr. Sheikh Muzaffar.

Kenapa baca blog 'ibu-ibu'? Biarlah.

Antara sebab-sebab saya suka baca blog beliau adalah kerana, 
1. Tulisan dia besar-besar , senang nak baca.
2. Latar belakang blog ni warna putih, nampak suci.
3. Cerita yang dikongsi sangat menarik!
4. Kelakar.
5. Ada gambar budak-budak. (anak-anak beliau)

Silalah baca dan nilai sendiri :)

Alahai CESMED

Ola!
-ola oli kuberi nama saudara saudari, cikebum, cikebum- lalala


 TADAA!
Dah buruk dah rupa bekas lego ni. 

Haa, ini namanya rojak lego, sebab macam-macam ada.

Maisarah, Maisarah, kenapa buang tebiat main lego dekat kolej ni?

Eh, eh, lego ni permainan membina minda tau! Bagus untuk membina kemahiran logik dan kreativiti serta inovasi. Tapi, kalau bukan kerana sesuatu, saya pun tak akan sanggup meredah setor dekat rumah tu semata-mata rindu nak main lego. 

Sebenarnya, ini tugasan CESMED (subjek asas keusahawanan dan inovasi). Kami diminta untuk mencipta model bluetooth dengan menggunakan macam-macam barang termasuklah lego ni.

Akan tetapi, model ni nanti akan jadi 'super' besar dan kelihatan sangat tidak 'elegant'  sebab bentuk yang kotak-kotak dan macam produk lama. Haha. Tapi, tidak mengapa, ini hanya model bukan untuk dipasarkan.



Kucar punya kucar, satu model pun tak jadi. Macam mana nak jadi kalau 'netbook' depan mata 24 jam? Tolonglah fokus Maisarah oii! Sekian~


Tuesday, 12 March 2013

12 Mac 2013

Assalamualaikum. Ok, hari ni 'entry' saya sama macam Afifah. Kenapa? Sebab kami dah berpakat :) hehe

12 Mac, kenapa dengan tarikh tu? Baiklah, jom kita siasat!

Pada jam 0930 selepas tamat kelas Pembangunan Diri 2, saya dan Fifa bergegas ke Pusanika kerana mahu mengisi perut yang kosong. Setibanya kami di sana, kami bercadang untuk makan di Bakery tingkat paling bawah sekali di pusanika itu. Sedang kami berjalan, terserempak dengan seseorang. JENG JENG JENG...siapa?

Rupa-rupanya, Encik Azzwan yang juga merupakan pensyarah aplikasi komputer kami. Dipendekkan cerita, rupa-rupanya hari ini merupakan hari lahirnya. Yang keberapa? Hmm, entoh le~

Jadi, selamat hari lahir Encik Azzwan! Disebabkan tawaran kek oleh Fifa tidak disambut, makanya, nah, ini hadiah saya~

Selamat menjamu selera!

Sekian, samapai di situ saja coretan saya. maaf lah hari ni 'mood' nak tulis bahasa karangan..hehe
Peace :)

Thursday, 7 March 2013

Sheikh Ibn Atoillah As-Sakandari

Sedang saya rancak menulis di blog ini, tiba-tiba bunyi mesej masuk, "tott". Lalu, saya pun mencapai telefon bimbit dan membaca mesej tersebut...
Ini adalah pesanan seorang akak naqibah kepada saya, sekadar perkongsian ^__^




"Hidup ini menjadi sempit 
dan semakin sempit 
kerana kamu menjalani hidup ini untuk meraih perhatian
dan redha manusia di sekelilingmu.
Apa yang kamu ingin lakukan, 
kamu ukur dengan redha manusia
atau kebencian mereka.
Ia membuatkan kamu menjalani kehidupan
yang penuh pendustaan."

-Syeikh Ibn Atoillah As-Sakandari

"Muhasabah untuk kita bersama, sesungguhnya redha Allah yang kita cari, bukan redha manusia."

Terima kasih akak! Ma'assalamah :)


(-"-)

Assalamualaikum...

Haha, sementara nak dapat mood tulis laporan, baik saya menulis di blog.


Kenal tak dia ni? Haa, inilah pelakon cerita Sydney White, kalau tak silap lah.

Cop, cop nanti dulu, saya tak berminat nak tulis pasal dia. Sebenarnya, tulisan hari ni berkenaan 'berkerut'. Bagus ke berkerut ni? Oh, sama sekali TIDAK. Tapi, saya memang suka berkerut. Kadang-kadang kalau tak ada orang tegur, sepanjang masa berkerut. Dan orang akan mula menegur, "sarah, seriusnya!" . 

Hehe, maaflah, saya memang begitu. Paling ekstrem tahap kerutan saya adalah bila belajar. Kawan-kawan sekolah dulu selalu cakap, "muka budak cemerlang". Haha, sampai macam tu sekali. Kalau dekat rumah pula, abang saya yang akan mengadu. Mana tak nya, bila solat berkerut, mengaji berkerut, masa marah pun semestinyalah berkerut.

"sikit-sikit berkerut"

Ok, bosan tengok perkataan tu. Kesianlah pada keturunan saya nanti, genetik berkerut tu pasti mengalir dalam darah mereka. Maafkan nenek ya, hehe. 



Sudah, cukup sudah! Sekian, ma'assalamah :)

Kewartawanan

Assalamualaikum...

Eh, kenapa gambar ni?
Ahha! Baiklah, sebenarnya, saya sedang berjinak-jinak dalam penulisan berita. Wah, berita! Berita untuk surat khabar mana? Berita Harian? New Straits Time? 

SHHH....saya bukanlah penulis berita sensasi yang layak diletakkan di dalam akhbar-akhbar yang terhangat di pasaran tu. 

Habis tu? Tulis berita apa? Biasanya, perempuan tak lain tak bukan mesti tulis berita hiburan kan?

Ohh, tolonglah, buat apa lah buang masa nak cerita pasal kisah hidup orang (artis) . Ya, saya akui, kalau dapat surat khabar, mukasurat yang dibelek semestinya bahagian hiburan. Mana tak nya, yang lain politik sana-sini, buat berat kepala je nak fikir. Kalau baca bahagian hiburan, tak payah susah-susah fikir masalah mereka. Baca dan gelak, kan senang. 

*Heh maisarah! Awak tu dah besar, patut tahu isu semasa!*    -.-"

Ya, ya, ya...sebab tu lah saya cuba untuk masuk ke alam kedewasaan itu dengan cuba sesuatu perkara yang mencabar. Saya malas nak tahu isu semasa, tapi saya perlu tahu! Makanya, saya terjun dalam bidang kewartawanan supaya saya dapat cabar diri saya untuk cakna isu semasa dan sedar permasalahan umat! SAYA PERLU BANGKIT! 

"Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula"

Ha, tiba-tiba je menyanyi lagu DJ Fuzz ft. Altimate..kan dah terlebih bersemangat.


Hmm..nak jadi ke tak? Dah jadi dah pun (wartawan kecil je), maka tiada jalan untuk berpatah semula. Mula-mula ingat senang je nak tulis berita ni, tapi bila hantar artikel, banyak lagi perlu diperbaiki. Sampai tiga kali! Penat otak nak fikir, haih~ 

Ok, dah lah tu, nak kena sambung buat laporan berita lagi ni...ma'assalamah :)

p/s: berita apa cik kak oi? hehe, adalah~ "ini semua poyo"-Johan raja lawak-





Saturday, 2 March 2013

Ayuh Solat !


Assalamualaikum...
Bersempena hari jumaat ni, saya ingin 'post' kan gambar anak-anak Little Caliphs tahun 2011 solat berjemaah :)

Moh le tengok~


Tengok tu, nak meluruskan saf sangatlah susah. Elok-elok kita luruskan, akhirnya melengkung macam ni juga. Kaki tu tak pernah nak duduk diam, macam cacing kerawit, kadang-kadang melompat lah, tergedik sana sini. Tapi, bab bacaan tu, memang mantap! Suara jelas, lantang dan bersemangat. :)


Aha! Alamak, ada sorang budak tercicir :o


 MashaAllah, sujud macam-macam cara. Yang tak nak sujud pun ada.. Haih, penatlah teacher mengawal.


Tahiyyatulakhir.. Apa ghope lah budak-budak ni solat, haha. Sempat lagi nak menuding jari -.-'


Haha, masa-masa macam ni lah nak bentuk kanak-kanak solat. Bak kata pepatah melayu, "melentur buluh biarlah pada rebungnya". Masa muda-muda macam ni hati mereka lembut lagi suci. Sikit-sikit terapkan nilai-nilai Islam dalam hati mereka, supaya bila dah besar nanti mereka akan berada di landasan yang benar. Ehem! Amboi maisarah, bukan main lagi cakap, macamlah dah kahwin dan ada anak ;p . Hehe, tak salah kan memberi pendapat? ^_^ Sama-sama berusaha. "L'effort est ma force!"

Sekian, ma'assalamah :)

Friday, 1 March 2013

Pewaris anak bangsa 2

Assalamualaikum...

Berjumpa lagi kita di 'entry' kedua Pewaris Anak Bangsa. Ceh, nama nak gempak je..hehe

Ok, sebenarnya 'entry' kedua ni adalah episod kedua saya bekerja di tadika Khalifah Jaya ni. Kali pertama adalah selepas SPM (2011) dan kali kedua, saya menyambung kontrak dengan Little Caliphs selepas tamat program matrikulasi (2012).

Kali ni saya tidak lagi mengajar budak empat tahun, tapi budak enam tahun. Wah, saya berjaya dinaikkan pangkat dan gaji, hehe. Bila ditawarkan untuk mengajar budak enam tahun, rasa lega lah sikit sebab sekurang-kurangnya saya tak perlu mengajar asas-asas memegang pensil. Anggapan dan harapan kita kepada pelajar yang berumur enam tahun ni mestilah tinggi menggunung, kan? Almaklumlah, masing-masing sudah agak besar dan pandai menyesuaikan diri, dan mereka juga adalah 'senior' kepada yang lain.

Malangnya, harapan menjadi layu bila perangai mereka pun lebih kurang je dengan budak-budak 4 dan 5 tahun. Yelah, dah nama budak-budak, makanya perangai tu memang kebudak-budakkan lah kan? Jadi, saya berhenti berharap untuk meletakkan harapan yang tinggi.

TAPI! Itu tak bermakna saya berputus asa dengan tugas dan tanggungjawab yang diberikan ini. Saya teruskan perjuangan membantu pelajar yang masih tidak mengenal ABC, 123 dan alif, ba, ta. Tugas guru adalah sebagai pendidik dan pembimbing. Tanpa guru, tiadalah saya sehingga ke menara gading ni. Jadi, walau susah mana pun, kena teruskan usaha supaya mereka ni tahu asas-asas untuk menulis, membaca dan mengira.

Hati mana yang tak risau tengok anak muridnya tak boleh nak menulis apatah lagi membaca sedangkan tahun hadapannya mereka perlu bersiap sedia dengan alam persekolahan peringkat rendah. Sebagai guru, kita kena laporkan apa yang terjadi serta sebab dan akibat mengapa anak mereka jadi begitu dan begini. Walaupun saya hanya sebagai assistant teacher namun, tugas saya adalah untuk mengajar mereka membaca. Berat tu! Tapi orang putih kata "you are what you think". Maka, walau berat tapi ku gagahkan jua diriku untuk meneruskan perjuangan. Positif!

Sekurang-kurangnya, sebelum saya meninggalkan mereka, dapat jugalah sesetengah daripada mereka yang tidak tahu kepada tahu. Alhamdulillah, itu semua kerja yang Esa. "Rabbi yassir wala tu'assir, Rabbi atmim bikhairi ya Kareem". Sentiasa berbekalkan doa itu dalam hidup seharian. Allah akan sentiasa permudahkan jalan hidup kita, tapi kita juga perlu berusaha unutk menjadikan sesuatu itu mudah. Pendek kata, positif!

Sebagai penutup, lihatlah wajah-wajah anak kecil ini. Mereka lah pewaris anak bangsa ;p